Langkah terbaik mengatasi kesedihan

    Dalam hidup ini kita tidak dapat mengelakkan dari perasaan sedih. Siapa yang tidak pernah merasa sedih? Setiap orang mengalami kesedihan tetapi mereka mempunyai pelbagai cara untuk mengekspresikannya. Tidak salah bagi kita untuk memiliki perasaan sedemikian tetapi harus diingatkan perasaan tersebut kadang kala boleh memakan diri. Kesedihan boleh mengakibatkan seseorang untuk bertindak di luar kawalan. Walaupun anda diselubungi kesedihan itu tidak bermaksud anda boleh bertindak mengikut hati. Oleh itu, penting untuk kita mengetahui cara terbaik menangani perasaan sedih. Jadi, inilah tips yang boleh dijadikan panduan.

kata-kata sedih

Continue reading

Rahsia Mencapai Kehidupan yang Bahagia & Bermotivasi

    Tahukah anda makna sebuah kebahagiaan? Untuk mencapai kebahagiaan, anda perlu mencapai ketenangan, keamanan dan emosi yang stabil. Kebahagiaan bukan kerana wang, harta mahupun ego. Ia bukan tentang kuasa, kemuliaan atau kemasyhuran. Ia adalah perasaan tenang, riang yang lahir dari hati kita. Bagaimana pula dengan hidup bermotivasi? Ramai orang kata, individu bermotivasi adalah individu yang bersemangat. Hakikatnya, orang yang bersemangat, tak semestinya orang yang bermotivasi. Orang yang bersemangat kadang-kadang semangatnya boleh luntur dan hilang begitu saja tetapi orang yang bermotivasi sentiasa terdorong untuk maju ke hadapan walaupun kurang bersemangat.

Realiti kehidupan menuntut kita untuk terus belajar tentang erti kehidupan. Bukan mudah bagi seorang manusia untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan dalam sekelip mata. Ia memerlukan pengorbanan, kesungguhan dan keikhlasan hati untuk melakukannya. Kebahagiaan dan kejayaan tidak muncul begitu saja, sebaliknya anda sendiri perlu merancang dan mencorakkannya. Sebaliknya, usaha mencapai kebahagiaan dan kejayaan memerlukan anda untuk keluar daripada kepompong sendiri. Anda perlu melalui beberapa jalan yang sukar dan cabaran yang sentiasa menduga sehingga anda berjaya sampai ke puncak kejayaan. Sewaktu menempuhi perjalanan itu anda akan mengalami perasaan sedih dan gagal. Di akhirnya anda sedar bahawa anda perlu belajar cara untuk berfikir dan bertindak jika ingin mencapai sesuatu.

Continue reading

Nilai Sebuah Kebahagiaan

    Sejak kecil kita telah diajar supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki. Kita juga dididik untuk tidak mengharapkan sesuatu pemberian daripada orang lain. Oleh sebab itu, semakin kita meningkat dewasa kita merasakan bahawa kehidupan yang dilalui selama ini tidak mendatangkan kepuasan buat diri kita. Impian yang dibina sewaktu kecil telah digantikan pula dengan alam kedewasaan yang mana kita harus memikul pelbagai tanggungjawab di dunia ini. Kadang kala manusia tidak menyedari bahawa mereka hilang keinginan untuk mencapai sesuatu. Kita lebih suka membuat sesuatu keputusan berdasarkan tindakan dan bukannya disebabkan oleh keinginan sendiri.

    Kebahagiaan adalah pilihan. Jika ada sesuatu yang menghalang kebahagiaan anda, cari jalan untuk mengubahnya. Anda harus bermula dari segi kerjaya. Pastikan anda mencari pekerjaan yang betul-betul menepati minat dan kebolehan anda. Dalam perhubungan, anda perlukan seorang rakan yang dapat menyokong dan memberi galakan kepada anda. Elakkan mencari rakan yang boleh menjatuhkan anda. Cari hobi atau aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang. Walaupun tidak semua perkara boleh diubah tetapi adakah manusia boleh menerima setiap perubahan tersebut? Sanggupkah anda berkorban melakukan apa sahaja asalkan dapat mengecapi kebahagiaan tersebut? Namun begitu, walaupun anda memiliki semua kemewahan dan kesenangan yang dicari adakah anda tetap rasa bahagia? Mungkin sesetengahnya menganggap kebahagiaan itu apabila mereka mampu memiliki kebendaan tetapi ada juga yang tidak bahagia walaupun mereka memiliki segala-galanya. Ini kerana kemewahan hanya sementara.

Continue reading

Panduan menjalani kehidupan yang lebih baik

“Kita menghabiskan terlalu banyak waktu untuk memenuhi tuntutan kehidupan tetapi tidak mempunyai banyak waktu untuk menikmati sebuah kehidupan yang lebih bermakna”. Hidup ini terlalu singkat. Penyesalan di kemudian hari tentu tidak memberi makna. Ketakutan, kebimbangan, sifat ragu seringkali menjadi penghalang kepada kita untuk melakukan sesuatu. Sedangkan masih banyak perkara dalam hidup ini yang membuatkan kita menjadi lebih berani untuk berbuat baik, menangis, belajar dan memaafkan. Pandanglah hidup bukan sekadar kelahiran dan kematian tetapi hidup adalah antara sekarang dan esok hari. Dengan itu, kita boleh melihat kehidupan secara sempurna, melakukan yang terbaik dengan apa yang dimiliki untuk kebaikan dan mencapai kedamaian. Beberapa panduan yang boleh dijadikan iktibar untuk menjalani sebuah kehidupan yang lebih baik.

better-life

Continue reading

Mencari Kebahagiaan Melalui Kemaafan

Mencari Kebahagiaan Melalui Kemaafan

Dalam kehidupan yang dipenuhi cabaran sesetengah manusia mengharungi kehidupan dengan penuh dugaan dan kesedihan. Situasi tertentu yang berlaku dalam hidup kita adakalanya mendatangkan kepahitan disebabkan individu tertentu. Mereka tidak sedar keperitan yang disebabkan oleh mereka boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kehidupan seseorang. Peristiwa atau pengalaman tersebut mengakibatkan kehidupan manusia dalam keadaan porak-peranda atau kucar-kacir malah mereka menjadi mangsa khianat dan keganasan ibu bapa kandung atau tiri, pasangan, majikan dan sebagainya.

Tidak kira apa sebab dan punca sesuatu perkara berlaku, kehidupan kita akan sentiasa terkongkong dan derita selagi kita tidak memaafkan mereka dan selagi mereka tidak memaafkan kesalahan anda.

Continue reading

Mengatasi Kesunyian

    Rasa kesunyian atau rasa keseorangan boleh didefinisikan sebagai satu perasaan yang mana anda berasa keseorangan walaupun dikelilingi oleh ramai rakan dan saudara. Rasa kesunyian ini menyebabkan anda berasa tidak mampu untuk meneruskan hidup lagi. Sunyi boleh mengheret seseorang menjadi tertekan.

Mereka terasa seperti hilang kasih sayang dan ditinggalkan. Keadaan tertekan boleh menyebabkan hati seseorang terluka. Untuk menangani masalah kesunyian bukan suatu hal yang mudah kerana seseorang perlukan pedoman hidup dan sokongan orang sekeliling mereka.

Continue reading

Cabaran : Mulakan 10 perkara positif dalam tahun 2013

Apa yang anda akan buat pada tahun 2013? Tahun baru memberikan semangat baru, impian baru dan pemikiran baru kepada setiap orang. Di tahun baru ini lupakan seketika impian atau azam yang ingin dicapai. Cuba anda lakukan perkara/aktiviti baru yang membolehkan anda mendapat sedikit pengalaman berharga daripadanya. Jangan campurkan impian anda dan aktiviti tersebut kerana aktiviti/perkara ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan sesuai dijadikan rutin seharian.

Cabaran : Mulakan 10 perkara positif dalam tahun 2013

Continue reading

Kegagalan Bukan Satu Masalah

Kegagalan Bukan Satu Masalah

    Kagagalan dianggap sebagai takdir hidup seseorang. Ianya sesuatu yang kita tidak mampu elak. Mungkin agak negatif untuk didengar tetapi itulah hakikatnya. Gagal bukanlah perkara buruk yang tidak boleh diperbaiki tetapi gagal juga adalah perkara terbaik yang berlaku dalam hidup kita. Apabila seseorang menerima hakikat mereka telah gagal, itu sebenarnya mengubah mereka untuk menjadi lebih baik. Anda tidak lagi berasa takut untuk gagal sekiranya anda tidak berjaya dan melakukan kesilapan. Yang penting anda perlu teruskan hidup dan teruskan perjuangan anda. Ramai orang takut untuk silap. Silap dan salah dipandang sebagai sesuatu yang amat negatif dalam kehidupan seseorang. Sememangnya silap dan salah adalah negatif. Tetapi sebagai manusia kita tak akan mampu mengelak diri daripada melakukan kesilapan.

gagal

Continue reading

7 Tips selalu ceria di tempat kerja

7 Tips selalu ceria di tempat kerja

Tidak semua orang menikmati keseronokan di tempat kerja. Kita mungkin bangun setiap pagi mempersiapkan diri untuk ke tempat kerja namun hakikatnya kita tidak gembira dengan kerja yang dilakukan. Kita mungkin berasa tertekan dengan bebanan kerja yang harus diselesaikan. Lebih-lebih lagi kebanyakan kita yang terpaksa menghadapi sikap sesetengah majikan yang agak garang. Ini menjadikan mood kita untuk bekerja terganggu. Namun, kita tidak harus membiarkan perkara ini mengganggu prestasi kerja kerana boleh memberikan kesan jangka panjang jika anda berhasrat menghabiskan seluruh karier di sana. Berikut antara tips yang boleh kita ambil untuk membantu membangkitkan semula keceriaan di tempat kerja.

1.    Mulakan setiap hari anda dengan sikap positif. Lupakan semua yang telah berlaku semalam dan hari-hari sebelumnya. Anggaplah perkara lepas yang berlaku sebagai iktibar kepada diri anda. Anda perlu ingat bahawa setiap hari anda dipenuhi dengan peluang-peluang baru dan jangan sesekali melepaskan peluang tersebut dan berusaha untuk mendapatkannya. Singkirkan sikap-sikap negatif anda sebelum ini dan tunjukkan perubahan baru yang lebih positif. Ubah cara anda berinteraksi dengan pekerja lain dan mereka pasti akan melakukan perkara yang sama. Wujudkan hubungan yang harmoni di antara rakan sekerja supaya suasana tempat kerja lebih ceria. Anda pasti akan lebih disenangi oleh majikan dan rakan sekerja.

Continue reading